ABOUT US

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat kami, anda dialu-alukan untuk teliti sebahagian profil syarikat kami di bawah. 

VISI

Menjadi sebuah syarikat Bumiputera yang progresif, inovatif, produktif, kreatif dan maju dalam sektor industri makanan dan minuman, trading, pengurusan, pusat latihan dan kejuruteraan yang merangkumi pertumbuhan produk dan perkhidmatan terbaik melalui inovasi, nilai, kualiti dan komitmen kepada pihak-pihak yang berkepentingan. Syarikat juga secara langsung melibatkan diri dalam industri pengilangan makanan berskala IKS.

MISI

1. Memastikan pemilikan model perniagaan yang
mudah dan telus bagi semua peringkat.

2. Menyediakan kemudahan pemilikan model
perniagaan mampu milik kepada orang awam.

3. Menjadi sebuah kumpulan syarikat yang tinggi
daya saing di dalam pelbagai industri di Malaysia hingga ke peringkat global.

OBJEKTIF

Bagi mencapai visi dan misi syarikat D&D telah mengenalpasti objektif-objektif berikut selepas semak dan imbang:-

1. Memastikan pulangan pendapatan yang berterusan untuk mengukuhkan dan menstabilkan kumpulan syarikat D&D dalam setiap perancangan perniagaan yang akan dilaksanakan oleh kumpulan syarikat.

2. Mempromosikan dan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang dijalankan oleh kumpulan syarikat kepada orang awam dengan penuh berhemah dalam cara yang lebih inovatif dan agresif.

3. Memberi perkhidmatan penilaian, informasi, pengurusan perniagaan dan pengoperasian serta pembangunan produk yang berkualiti secara berterusan.

Latar Belakang Syarikat

Ditubuhkan pada 17 April 2014 dan telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, sebagai sebuah syarikat Milikan tunggal pada asalnya dan dikenali sebagai Nuriftitah D&D Enterprise dan menjalankan perniagaan sebagai agent jualan dan pemasaran produk-produk domestik. Seiring dengan peningkatan hasil pendapatan, kami melangkah setapak lagi dengan menubuhkan D&D Engineering Solution Sdn Bhd sebagai pengimport barangan industri makanan selepas memeterai satu perjanjian bersama rakan kongsi kami di Guangzhou China pada 2016. Kami tidak lagi memandang ke belakang demi merealisasikan visi dan misi demi untuk menempatkan kedudukan syarikat kumpulan kami setaraf dengan kumpulan syarikat yang sudah mendapat tempat dimata dunia. Syarikat kumpulan D&D juga adalah sebuah syarikat Hak Milik Penuh Bumiputera yang membekalkan produk makanan yang berkualiti kepada pengguna. Produk makanan yang dibekalkan adalah 100% dihasilkan dengan ramuan yang dikhaskan untuk memberi tekstur rasa yang istimewa kepada produk yang dihasilkan. Hal ini secara tidak langsung telah membangunkan satu budaya dalam organisasi, kecekapan, kerja berpasukan, inovasi, tumpuan pelanggan dan kualiti untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dari masa ke semasa dan akan terus melakukan penambahbaikan dalam kerja-kerja yang kami lakukan.

Keep your dreams alive. Understand to achieve anything requires faith and belief in yourself, vision, hard work, determination, and dedication. Remember all things are possible for those who believe.
Syafiq Hakeem
IT Administrator

Our Partner